Sunday, December 18, 2011

kunci

K U N C I nama diberi.
ada pelbagai jenis. tujuannya satu "nak memastikan keselamatan sesuatu terjamin"
diperbuat daripada besi (dulu)
setelah melalui peredaran zaman yang serba dihujung jari telah berlaku revolusi dari segi bentuk dan kegunaan.

#tak nak cerita pasal kunci pun sebenarnya.

just nak bagitahu. AKU MEMANG TAK SUKA KENA KUNCI DARI LUAR ! 

Thursday, December 15, 2011

advice kentut

takde ke sesiapa nak nasihat kita 
"awak ni kalau rajin study lahh"
walaupun exam cuma jaraknya sesimpang dua je.
memang takde lahh kannn

hentak kepala dua tiga kali dengan bantal (nampak memang malas) !
dah habis hentak, tidur. 

lepas tidur meraba-raba cari makanan. 
ehhh bilanya nak belajar ni? buku dekat meja tu tunggu untuk disentuh.
sentuh dahh, next step buka-konon2 cari yang mana penting nak baca #konon
seterusnya buka penutup highlighter, highlighter habis dakwat~
turun shopping complex cari benda tu  #perlu ke shopping kat complex tu
dahh sampai tgk wayang dulu, makan2 dulu, sambung bowling sampai boring
ehhh buku kat bilik apa cer??

balik dah ngantuk. zzzzzz




Tuesday, November 1, 2011

dari melaka ke negeri pahang

wooo, tajuk gempak.
macam aku ni dah pindah dari satu negeri ke negeri yg lain kann? tapi jarak perpindahan saya cuma sebelah hidung sahaja.  ia cukup membuatkan saya berasa lapar.
dan kesan kelaparan itu, aku lahap seketul ayam kfc yang katanya "tu malam semalam punya"

terasa berat badan luar dalam zahir batin yang teramat sangat meninggalkan desa tercinta yang menjadi penginapan aku selama sebulan lebih di usm ni. tapi apakan daya, tiada yang akan kekal di dunia ini.

cerita sehangat periuk nasi pun dah tak boleh dahh, aku telah officially menghuni desasiswa INDAH KEMBARA.
TEKUN hanya kenangan lalu yang telah banyak kisah suka tawa hilai bersama kawan2 yang gila  hebat.

serius! gila kentang . ngantuk sudah, tenaga sudah habis dan perlu recharge. boleh tidur ke aku ni?selalunya kalau kat tempat baru jarang boleh tidur kot.

Monday, October 31, 2011

nyibuk

tiada masa untuk mengarang !

Tuesday, October 18, 2011

kami meneliti jadual masing2

sila lihat,,padat tak jadual ni? bila nak bernafas pun tak tahu. ='
tuan punye jadual mesti dah kurus agaknya. ni jadual baru untuk siang, malam tak payah ceritalahh.
tapi tidur beliau tak pernah terganggu. sentiasa cukup ! memang super hebat beliau ..
even blok kediaman kami sepelaung je jaraknya,, tapi nak nampak bulu hidung memang susah !

*ni jadual harian rakan saya,, saya punya walaupun banyak masa senggang bak kata a.samad said, tapi kerja beratur tunggu disiapkan.termasuk kena buat lawatan ke PDK, sekolah2, segala bagai pusat kecuali tali pusat.

Friday, October 14, 2011

encikmimpi lagu anda best sangattt

saya dengan ini mengisytiharkan saya suka pule dengan blog encikmimpi .
beliau dengan gitar beliau betul2 hebat.

*sila klikdi gambar gitar beliau itu pelayaran terus ke blog beliau

Thursday, September 22, 2011

mereka sudah 19tahun


nurshamin najwa binti osmarani.
member kaki gosip aku since form1
now she's taking final exam at uitm.
gud luck,,and may Allah bless you always.
KITA SAHABAT SELAMANYA !



nurul nazihah binti sulaiman
teman mengumpat, karaoke sumbang, tidur dalam kelas 
very busy with her matrix life area2 johor.
sangat sporting, dan kau tak kan pernah kering gusi kalau borak dgn dia.
semoga kau peroleh 4rata untuk pspm ni beb !
kirim salam dgn abg remy tu.
moga Allah permudahkan segala urusan kau.
biar usia kita seiring dgn amal ibadat kepadaNya.
  





Saturday, September 17, 2011

sudah menjadi warganegeri pulau pinang

pusing2 ikut mana pun masih di penang lagi, tak kan sesat punya.
jangan sampai terjun laut sudahlah =,=.

assalamualaikum.

hari yang hebat kerana pertama kali mengEXPLORE negeri orang yang bakal aku bermastautin selama 4tahun ini.

memang namanya perempuan kan kalau bila kata nak out je mesti "shopping lettew" ?

semua barang yang minat, mampu dibeli, tapi antara nak atau tak nak je. pusing2 satu complex sambil otak terpaksa bekerjasama dengan hati untuk fikir nak beli ke tak nak !
prinsip aku "once dah berkenan beli je sebelum terkenang barang yang tiada"
pfftttt-(tapi bukan kali ni, mak saya bukan gabenor negara ye)

setelah jenuh berfikir cuma beberapa barang yg penting sahaja dibeli,,duit mengalir dengan deras bak air terjun di jeram kemensah tak mampu dikembalikan "the goods are not returnable"

KECUALI,,


   credit to fida,,thanx for everything


Monday, September 12, 2011

when a potato couch start to get rid of the couch

assalamualaikum, dan salam merdeka !

penat, letih, taksub, bangga, teruja dan segala macam lagi perasan  yang timbul pada hari pertama memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswi usm .

selamat jalan tilam, sofa empuk, dan bantal busuk yang menemani aku selama beberapa bulan dirumah dahulu.
lemak2 dibadan sedang dikerah pecah dan akan dinyahkan daripada badan ini. kepada mata kurniaan Allah ini dipaksa rela untuk tidak mengantuk sepanjang kuliah, kelas dan aktiviti universiti walaupun kadang2 terbabas juga. kehidupan hari pertama tidak berakhir pada pukul 5petang dimana semua "kawan2 baru" berebut naik bas untuk balik ke desasiswa  masing2. aku teruskan langkah menghayun kaki ke suatu tempat perjumpaan untuk menguji ketahanan fizikal yang sememangnya dah lama tak diuji ! otot2 badan menjerit kesakitan ! "oi chantek aku dah sakit ni, bila kau nak berhenti" kata otot. syaitan pula mula menyuntik semangat negatif "chantek, kau dah penat alahhh balik je lahh"
TAPI SEMANGAT SAYA KUAT, MESTI CUBA SAMPAI HABIS. dan saya dapat habiskan walaupun sekadar CUKUP SYARAT,"eh jadilah, si potato couch ni baru je nak get rid of the couch"

___ 
terkejut melihat gambar di kad matrik !
mata macam baru lepas touch up lepas kena tumbuk.tapi chill  derr tetap CHANTEK .


pssstt : tadi ada bakal isteri terbaik datang ketuk pintu bilik ajak pergi solat jemaah dekat surau.bilalah aku nak jadi macam dia T_T


Friday, September 2, 2011

fuhhh fuhh fuhh (melibas kibas habuk2 dekat blog ni)

mood raya !
tiada masa untuk menekan tekan huruf2 ni.

hanya ini yang boleh disajikan,, silalahh

ehh atuk atuk pandang sini
(nantikan kisah seterusnya)



tak guna berkamera secanggih DSLR jika anda malu malu untuk ditangkap gambar.
lagi tak guna kalau anda mempunyai kamera semahal DSLR jika tidak pandai menggunakannya.
jadi bersyukurlah bagi mereka yang mempunyai kamera walaupun hanya 0.3 megapixel sahaja.
selamat hari raya :)  *sumber (nina comel)


Thursday, August 18, 2011

akulah OKB SEKEJAP


pelik dengan  turtle@tittle ?

assalamualaikum !

18hari lagi menuju dunia siswasiswi ni, menggelabah pule ..
*tak pe kita buat slow and steady, ramai yang boleh bantu. chill ainie chill.

___________

tahniah anda layak menerima wang pendahuluan ptptn ( WPP) 
yahoooooooooooo . 
HARHARHARHAR AKU KAYA !
dengan duit ni aku nak beli baju,tudung lilit2,kasut, makan luar pun best jugak,eh beli mercun pun ok biar hangusss duit aku !
tak nak lahh aku nak bayar muka kereta,dapat tayar depan pun jadilah. lalalala~
tambah2 ni nak raya,wahh2 berbaju raya baru nampaknya, nak suruh rizalman design baju, tempah kasut dekat jimmy choo, hebat2.
nak buat amal sikitlah, buat jamuan buka puasa boleh ke takpe?
chopp2, apa kata kita beli dslr yang kau idamkan tu nak?
macam mana ni? banyak nya nak beli,, haduhh4 *hentak kepala ke lappy


HAMBOI RANCAK LISTING NAMPAK !

ehh bukan2, duit "sumbangan" wpp tu banyak gunanya cik ainie oi !

``kita lupakan kehendak dulu, utamakan keperluan .

urusan universiti yang bakal kau masuk siapkan dulu ainie, dengan "sumbangan" tu kau bayar yuran ke, beli barang nak bawak ke, hape ke kan lebih baik nampak wisely sikit. pejam celik pejam tak celik2 , gedebak gedebuk habis jugak duit 1500usd kau tu .
berhuntong le kau kalau dapat duit ni.ada yang tak dapat tapi nak sangat. ALHAMDULILLAHx3
bersyukur lagi surat tawaran dah sampai- ALHAMDULILLAHx3

dengan ini saya ingin memberitahu saya yang bernama NURUL AINIE BINTI MUHAMMAD bernombor matrik 11**** akan mengikuti program pengajian IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)(PENDIDIKAN KHAS) di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA selama 4TAHUN yang akan mendaftarkan diri pada 6SEPT2011 dan merupakan seorang TEKUN.

sekiannnn




Thursday, August 11, 2011

mercun bulat seperti bola ?

"adikk, abang, kakak, pakcik makcik mari2 ni ada pup pup, bunga berapi, maracun" kata illegal penjual bunga api bagi menarik minat orang yang lalu lalang didepan meja yang diletakkan berbagai jenis, warna, bentuk, dan kalau dinyalakan sumbunya meletup ! letupan tersebut boleh membuat mak jah yang tengah menenyeh doh kat dapur melatah sambil membaling doh tersebut keluar, kesian mak jah. rugi tepung dan mentega.
 mereka2 ni (yang jual mercun dan bunga api) sebenarnya tak de pun tempat yang tetap untuk menjual stok barang yang berbahaya ni. mana ada tempat yang kosong disitu diletakkan meja. kadang2 ada yang bersila je. janji mercun aku laris (katanya). ya kot, kalau nak mohon satu tapak dekat one of bazar ramadhan di Malaysia ni memang tak lahh, baru nak ambil borang beli tapak dah kena tangkap.

 ___________


assalamualaikum.
baru 12 ramadhan tapi berita tentang budak kecil yang putus jari, melecur dek kerana mercun beli or hand made memang rancak kita dengar setiap hari. kesian budak2 tu. 

aku sebenarnya ada cerita jugak. memang pengalaman sendiri. 
>> di suatu petang, pommmm "woi bunyi apa tu?" setiap insan yang ada dalam rumah papan berhadapan dengan sg pahang berkejar ke tempat kejadian. mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah cuma tersengih apabila melihat orang lain panik melihatnya. tah apa2 tah budak ni kita tengah panik jari dia berdarah dia tersengih je. aku rasa dia tengah tahan sakit tu. tapi cover beb, mungkin malu kerana salah sendiri. aku ni yang pening2 dibuatnya tengok darah merah mengalir di celah2 jari dia sederas air sungai tu. tanpa banyak "?" di sekitar kepala bapa mangsa yang kalau disuluh dengan laser memang jelas bentuk macam telinga kuali tu terus capai kerusi mengutip sawang2 di atap zink tempat penginapan sang labah2, dan terus diletakkan di jari mangsa bagi menghentikan darah.
lepas seketika suasana menjadi kembali tenang, soal siasat oleh ahli keluarga bermula ...
"mana kau dapat mercun tu?"
"ada kat atas dalam plastik hitam"
"dia bakar mercun bola ! " teriak salah seorang daripada 20 orang cucu pemilik rumah tersebut.
"ye2 mercun bola"
"mercun tu untuk halau kerbau masuk rumah dan kebun lahh"
"theee heee :) "


nampak kann? budak2 memang punya sikap curiousity tahap tinggi. nampak benda baru je nak try. kita yang dah boleh beza antara baik dan buruk, selamat dan bahaya ni tunjuk laa pengajaran sikit. nak main bolehh, tapi guide mereka. kalau tak main tak de life laa raya betul tak?

jari putus? tak de masalah jum kita  pakai jari beruk .
berbulu sikit lahh tapi
lalalala~
*maaf kepada yang terasa. 
(jalan cerita diubah sedikit, tak boleh cerita lebih2 kerana itu semua adalah kenangan saya)


Sunday, August 7, 2011

dah tiga bulan rupanya

assalamualaikum awak2 yang sekalian.

ni memang berita yang gila lagi mengejutkan !
baru aku sedar ohh kita dah besar ye rupanya (kataku kepada adik2 ku yang lain)
mereka menjawab "memang laa sebab tu aku lagi chantek dari kau" - ayat tak boleh blahh


bukan2.
bukan benda ni yang telah menyebabkan kita membesar .tapi kau tengok laa sekarang masing2 punya handphone sendiri, masing2 dah pandai bergaya, masing2 dah tahu citarasa sendiri
dan yang paling penting "ohh sebenarnya ada antara kita berempat ni dah berpunya,dah pandai nak berkasih kasihan" (ayat terpaksa berkias)

patutlah dia setiap malam tido dah pandai tutup pintu bilik, kalau tak jangan harap laa, katanya panaslahh, takutlah, nanti lambat bangun lahh dan macam2 lagi. tapi semua tu dah berubah
rupa-rupanya every night ada orang nak kol ye dik?

*nasihat dari seorang kakak "aku tak kisah benda2 tu semua sebab aku tahu kau boleh jaga diri, dan jugak kau tahu apa tanggungjawab kau sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, tapi ingat dik jangan kau sampai lalai sudah lahh. dahulukan pelajaran ye" rahsia kau ni aku simpan dari pengetahuan chemat dan maknani tapi kalau mereka dah boleh hidu kes percinataan antara kau dan dia aku dah tak boleh nak bohong la kan.

MAAFF (:

Tuesday, August 2, 2011

siri kedai mee rebus johor edisi ramadhan (bertukar-tukar)

situasi 1
adik : kak mari singgah,dikk sini ada soya panas sejuk,
         ye kak nak apa?
insan : kak?saya lelaki, tua lagi ,,hahaha (gelak beso).kalau abang sedap juga dengar.
adik : maaff pakcik,,nak order apa?
insan : soya panas 6bungkus.
adik : baikk.

situasi 2 (ketika pelanggan sedang rancak)
adik : kak?eh bukan,,makcik nak apa?
adik : mee rebus tuk abang chantek satu.

situasi 3 (ketika kebanyakan pelanggan sedang bermuka monyok menahan godaan air yang sedap2)
adik : kak ni bakinya
insan :  ??
adik : bang ni bakinya
insan : ??
adik : kenapa?
insans : salah kira ni
adik : ehh bukan terbalik lahh,,maaff..




itulah ceritanya bila kita diekrumuni orang yang tak dikenali,,tambah2 kehendak mereka harus kita penuhi kalau tidak lingkup la periuk nasi kita.sebagai peniaga terima jelah "pelanggan selalu betul"

Friday, July 29, 2011

ashraf ke aleesha ?

"wah bila dah jadi perempuan pun chantek agaknya masa dia lelaki dulu mesti dia handsome kan" 

ni lah sebaris ayat yang aku ingat masa cerita pasal 'ashraf ke aleesha' ni tersebar luas ke segenap pelusuk malaysia. ini merupakan luahan seorang insan yang tak sengaja terbaca artikel tersebut di surat khabar.



-- dan sekarang beliau sedang terlantar dihospital kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah          rendah. aku anggap tu semua akibat , Allah murka then Dia bayar cash.
apa2 pun saya doakan kesembuhan anda dan saya harap anda sedar kesilapan anda


Tuesday, July 19, 2011

tahniah

perjuangan belum selesai
bulan september ni sambung lagi,tarikh yang tepat pada 6/9/2011
dulu di selatan tanah air sekarang kita ke utara sinun pula ye.

ingat lagi dulu ada sesi kaunseling dengan dr.othman dia siap cakap "hah lepas ni ambil pendidikan senang hidup"
aku pun jawab "masalahnya saya ni tak layak nak ajar2 orang ni". aku menolak bulat2 oh
tapinak buat macam mana masa mohon upu dulu aku sahaja je letak pendidikan khas dekat usm kerana ikut nasihat orang,letak sebagai langkah berjaga jaga.hah amek kau berjaga jaga lah sangat, lantaran itu

Tahniah, anda telah berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti APEX). Butir-butir lanjut tawaran ini adalah seperti berikut :

NAMA:NURUL AINIE BINTI MUHAMMAD
PROGRAM PENGAJIAN:IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENDIDIKAN KHAS)
YURAN:RM 1100 setahun.
TEMPOH PENGAJIAN:4  TAHUN
TARIKH LAPOR DIRI:6 SEPTEMBER 2011
TEMPAT LAPOR DIRI:KAMPUS PULAU PINANG,MINDEN
PENGINAPAN:DISEDIAKAN

               *oh tidak, punah lah harapan aku nak jadi seorang nutritionist suatu hari nanti




Thursday, July 14, 2011

lemah

tangan kanan dihulur tanda silaturrahim kepada yang semuhrim dgn aku ,, ucapan assalamualaikum untuk sesiap yang tidak dihalalkan oleh syarak untuk berjabat tangan dgn ku ,,
hai untuk rakyat 1Malaysia yang lain

since aku celik mata pagi tadi hujan turun dgn lebat.hujan lagi sampai la ni (bak kata orang utara). agaknya kalau ANDA tidak membaca entry boring ni pasti ANDA sedang nyenyak tidur. Aduh bangun la rakan2 sekalian jum bersama sama aku mengintai dunia nan indah tapi sedikit berjerebu ni. Jerebu pun salah siapa? Salah kita sendiri la makhluk on earth. Cuba la jadi macam aku ni pepagi lagi dah ringan tulang bantu che mat dan mak nani berniaga.
Tapi boring sangatt..Hujan kan, customer pun malas nak keluar dari opis sanggup berlapar- maaflah kami tiada perkhidmatan delivery.
Aku pun terasa macam gatal tangan rajin pula nak menaip guna fon 12butang ni.rasa seperti orang kaya membazir kredit yang seciput ni.

Selepas seketika 'ain pinggan tu tengok je ke?' oh dah sejam ak melayan system internet disini. bateri handphone pun dah bertukar warna tanda penat.

Wednesday, July 13, 2011

siri kedai mee rebus johor (mahalnya)


insan : adik kira (menjerit sedikit)
adik : nasi goreng  kampung telur mata 4ringgit 50sen dan ABC 2ringgit 50sen semuanya  7ringgit  (sambil                       tersenyum)
insan : hamboi mahalnya ! semalam pesan menu yang sama baru  6ringgit (marah nampak)
adik : agak la ,,semalam pesan menu lain.ingat tak saya yang ambil pesanan tu. (bengang)
insan : errrr (terasa memalukan diri sendiri)

aku ni manis orangnya :D

salam untuk yg kat luar sana tu.
aku nak bagitahu ni yang aku rasa aku ada masalah tentang merasa tahap kemanisan sesuatu makanan atau minuman.patutlah adik aku cakap yang aku ni tak pandai buat air,bukan tak pandai tapi setiap air yang aku buat tu mesti rasanya sesangat manis macam si tukang buat air tu.
padahal aku dah rasa air tu,biasa sahaja.
lama2 baru aku sedar sememangnya aku ada masalah pada lidah ni.
sekarang kalau aku masak atau buat air aku tak kan rasa benda tu,biar orang lain yang rasa kurang gula ke terlebih gula.
hah yang kat luar sana tu kalau nak bertandangke rumah aku diharap anda boleh bawa air siap sebelum datang rumah aku ya.or boleh sahaja kalau korang rasa penat berjalan teringin nak duduk atas wilcha boleh sahaja aku kasi proses tu dipercepatkan.

sedih"


Thursday, July 7, 2011

ayah ni !

akhirnya aku dapat jugak update blog using my own lappy.
rindunya aku kat kau sayang (laptop).
kataku kepada laptop kesayangan ini"""
   kau tahu sayang gara2 kau hilang disorok oleh ehan aku gaduh dengan dia.
   pasal kau jugak lahh aku kena belasah
   pasal kau juga lah aku demam teringat kan kau.
   sekarang ni aku rasa macam nak peluk cium kau sahaja.
   rasa macam nak date dengan kau-kita jalan2 makan2 tengok wayang nak??

  *gila  :D

-aku nyaris ingat rumah kena pecah masuk penyamun petang selasa tu.aku balik tidur dgn terbongkang dekat ruang tamu.ehan kat billik ayah-tidur
kitorang bangun laptop tu dah hilang.aku malas nak tanya,,mgkin dia sorok kat tempat lain.gerakan mencari bermula,mak nani pun selongkar satu rumah.tapi tak jumpa
yang pelik ayah cool sahaja.dia cuma nak broadband ada depan mata dia..
bila dah dapat ayah diam..semalam aku nangis terkenangkan laptop ni..samapi kedai ayah cakap broadband ada dalam beg."ain tak nak bende tu ain nak laptop

Friday, July 1, 2011

siri kedai mee rebus johor (tulisan sanskrit)


tuan kedai - ni apa adik tulis ni?lai chee wangi?
adik - lai chee kang laa
tuan kedai - tulisan dah mcm tulisan sanskrit, masuk muzium ni mesti ramai datang tengok
adik - sudahhh

siri kedai mee rebus johor (cakap laju)


adik - makan apa kak?
insan - apa ada?
adik - (tarik nafas)nsi goreng ada, mee goreng ada,tom yam ada, abc ada, lai chee kang ada, semua pun ada
insan - apa dia?lajunya cakap, bagi mee goreng dan lai chee kang la dik.
adik - (tulis atas kertas lepas tu bagitahu dekat tuan kedai)
tuan kedai - ulang lagi sekali apa insan tu order, adik tak boleh cakap lagi lagu ke?
adik - betul ke adik cakap laju?
tuan kedai - nanti bincang 
adik - derr

Thursday, June 30, 2011

siri kedai mee rebus johor (nun nun nun)

adik - mee goreng ni nak hantar ke mana?
tuan kedai - sana sana (jari telunjuk menghala 30darjah ke utrara )
adik - tu semua dah makan.yg mana?
tuan kedai - nun sana nun
adik - (pergi tempat yg ditunjukkan. ada siapa yg order mee goreng?) *diam
           jumpa tuan kedai balik
insan - sini adik
adik - laa sini je saya dah ke pluto rupanya dekat marikh sahaja
tuan kedai - apasal lambat sangat??
adik - jauh tu. nun nun nun
tuan kedai -  -,-



Tuesday, June 28, 2011

siri kedai mee rebus johor (gaji ?)


insan - adik kerja sini dah lama?
adik - dahhh
insan - gaji berapa dik?
adik - tak de gaji
insan - kenapa?
adik - tuan kedai dah besarkan saya 19tahun tanpa minta gaji
         daripada saya pun.

 

Sunday, June 26, 2011

hehe

ahli sejarah sangat bijak kerana berjaya mencipta abjad A-Z.. tapi dia telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan U dan I berjauhan..sbb tuu I always rindukan U

*jangan berani fikir yang bukan2

duawarna


kalian suka yang mana?yang berwarna atau yang hitam putih sahaja?

dua2 pun ada kelebihan dah kelemahan masing2.yang hitam putih ni kelebihan dia ialah kita tak payah nak ambil masa yang lama untuk buat pilihan,by the way mimpi kita sebenarnya warna hitam putih. macam lelaki dan perempuan yang diciptakan berpasangan antara satu dengan lain,sama lah macam hitam dan putih ni,,mereka berpasangan. warna hitam putih juga menunjukkan sesuatu itu adalah rasmi.surat2 sekolah,office2,perlembagaan semua nye dicetak dgn dakwat hitam diatas kertas putih.surat ke pakwe makwe je berwarna warni siap ade bedak lagi kalau yg tak mampu or siapa yg kaya letak perfume nak bagi surat tu wangi.
tapi kelemahannya-org akan igt kau ni berfikiran sempit,malas nk berfikir,mungkin kuno

*tapi bagi aku hitamputih itu semart !


Thursday, June 23, 2011

jum jadi watak jahat

bagi aku kita sebagai manusia kena terus berfikir tentang masa hadapan.sentiasa punya rancangan kalau kau nak kan sesuatu ataupun untuk elakkan diri kau dipijak.
*ouh ya,,jgn la kau copy sebijik sebijun perangai bengis ditambah dgn evil mind watak tu bercampur evil mind kau.
ambil ikhtibar sudahh,,mesti sentiasa berfikir dan berfikir dan terus berfikir,,kau mesti fikir yg kau akan berjaya dpt apa yang kau inginkan.contoh macam witch(teliti gambar) dalam serita snow white tu..sanggup berubah jadi nenek tua yang kerepot seribu (mungkin lebih)semata mata nak bunuh si snow white.
*kau sanggup korbankan muka chantek2 kau untuk bunuh orang?
atleast dia tahu apa nak buat...senang cerita orang jahat ni kreatif




jangan jadi lembab lemah seperti watak baik dalam sinetron2 indonesia tu,,tggu nasib baik sahaja.
itu semua cerita (jangan peduli apa yg watak baik tu buat) tipu.


tapi tak kan nak tunggu kau kena











dulu baru nak bangkit?


sekian

Tuesday, June 21, 2011

belum terlambat lagi kan ?



kalau semua nak tahu,aku ni tak wish either mom's day or dad's day ke parents aku.

kenapa? aku malu !

rasanya adik2 aku pun tak wish mereka.

to mak n ayah maaf.kami adik beradik mmg malu nk buat benda2 macam ni.tapi ketahuilah bagi kami everyday is mom's n dad's day.

p/s ada sesiapa yang sanggup wish  mom's n dad's day kepada mak dan yah aku tak?aku maluu laaa

Friday, June 17, 2011

kelipkelip

baru menjalankan lawatan ke blog2 insan diluar sana.tertarik dgn satu blog ni chantek,,tapi liplap liplap !

Wednesday, June 15, 2011

MALAS nk buat tapi WAJIB buat !

terus ke point yang pertama

1. bangun tidur = masa nk menggeliat tu mesti cakap ayat ni "malasnye nk bangun" *sambil suku kata ngun dipanjangkan harakatnya..nak ta nak kena bangun jugak.so sekarang kena tukar ayat bila nk bangun "eh dah bangun?alhamdulillah,syukur kepada ALLAH kerana aku masih diberi kesempatan lihat matahari" bayangkanlah kalau korang tidur balik lepas tu dah tak bangun2 dah?nk ckp menyesal aku tak bangun tadi pun dah tak sempat.

2. makan= sememangnya aku ni malas nk makan.sebabnya kena basuh tangan lah,senduk nasi la,banyak kerja,tapi mcm tipu je?kalau aku mmg malas nak makan kenapa aku tak kurus?kadang2 kalau mak tengah makan mulalah aku suakan mulut minta disuapkan,,senang kerja aku cuma tinggal kunyah & telan.

3. kuruskan badan= yang ni satu lagi,,haduhh malasnya aku excercise,tapi kalau asyik makan without doing any physical activity confirm lemak dibadan akan berada dlm zon yg selesa.lepas tu kebaya simpan dlm almari je lah.

4. kerja = disebabkan setelah asyik mencari dan mencari kerja tapi satu pun tak dapat sekarang aku dah jadi malas nk cari,,arghhhh *jerit kat sini because tak terdaya nk pergi pantai
(selamat tinggal iphone and canon eos kuh)

5. mengasingkan biji cili dalam makanan = aku tak paham kenapalah banyak biji cili dalam masakan melayu ni?nasib lah kalau kau makan dengan aku,dibuat nya dalam menu yg di order tu ade bijik2 putih yg chomel katanya sebagai penambah rasa pedas kau kena banyak2 bersabar tengok aku buang biji2 tu semua sebelum masuk mulut

6. sikat rambut = tak nak cite panjang,cume nak nasihat-jangan terkejut kalau tengok secara sengaja atau tak sengaja sikat aku.
(gamba disebelah tiada kaitan dgn aku)

Wednesday, June 8, 2011

kenangan malam tadi

keratan ni aku kerat from kosmo hari ahad lalu,,kerat pakai buku terlefon rumah wan lagi,dengan harapan nanti boleh laa rebut tiket tu kat kaunter yang disediakan.
untuk info-tapi cuma tinggal kenangan saje la,,setiap keratan akan dpt 2 tiket free,venue die dekat tgv wangsa walk yg cume 3stesen lrt je dari kediaman 21 tingkat aku ni.hari serta masa telah terpahat indah dlm memori aku iaitu 7jun(selasa) jam lepas maghrib.
but,,hajat terpaksa dilupakan kerana harus keluar bersama family tercinta pada malam tu.tak pe laa keluarga harus didahulukan.
tunggu je ada insan yang mahu belanja aku menonton filem lakonan exsuperman nihh..

pegi mane je,,lps pegi rawang singgah sebentar di tesco rawang,,kehendak aku-memiliki chipster hotnspicy dan terus memakan nye sesampai dalam kereta sambil2 menunggu tuan ayah memandu ke kedai makan untuk MAKANN.

sampai rumah kemas2 barang terus masuk bilik,,adek aku dah membebel ''ain pesal kau tak nk tutup tingkap ni kang lipas terbang masukk die stop kat katil aku dlu' aku jawab laa 'lipas terbang je,tu pun  nk kecoh,kalau kuda terbang masuk baru kecoh ye'-disebabkn aku sorang kakak yang baik aku tutup tingkap tu tnpa banyak soal.
*lipass?aku pun geli
kenapa aku tutup?memang laa,tu kalo lipas tu nk stop kat tempat adek aku dlu,,kalau tempat aku?tidur tak tutup mata laa gamaknye

Monday, June 6, 2011

ilmu

disaat keboringan tahap gaban yang melanda saban hari aku tgk tv nonstop
tapi daripada tgk cerita yang tah hape2 tu aku fikir lebih baik membaca.

ya..
aku membaca-baca novel,baca majalah,baca buku 'seni bahasa badan' (yg disyorkan rakan2)
*membaca-baca= kerana dah banyak kali membaca tu semua
tapi once aku dh on internet carian ni aku pegi untuk membaca.
atau lebih tepat lagi menimba ilmu.macam2 aku search

siapa kata mukabuku itu cuma laman sosial? situ juga tempat aku menambah ilmu terutama dalam ISLAM dekat situ.
sangat suka menghabiskan masa mendiscovery ISLAM di website ni.
kalau rasa mahu mencari tahu perihal cinta manusia sini aku terjah.

Bacalah...kerana dengan membaca ia membawa kepada ilmu, ilmu membawa kepada amal, dan seterusnya amal membawa kepada taqwa.
baekk saya cuba praktik kan !

Thursday, May 12, 2011

tempe

perkenalkan ini tempe kepada sesape yang tak tahu tempe ni benda ape.

introduction : tempe ni diperbuat daripada kacang soya yang telah melalui proses fermentasi.

Sedang enak mengunyah tempe goreng kat dapur sensorang tetibe teringat pulak kisah time muda2 dlu.

aku ada sorang member ni baek punye.dia ni kire macam tauke tempe yg agak terkenal la kat teknik sepang dulu .pergi je aspuri,tanye mana2 awek yg berkeliaran kat situ 'ehh dik mane ye weed tempe?' konfem awek tu akan bagitahu koordinate bilik weed aka tauke tempe.HEBATT

actually dia tolong jual je mek dia yang masak (chef mak weed) yang dh berpengalaman dalam bab masak memasak ni.chef mak weed memang handal dalam menggoreng tempe ni.tah hape yang chef mak weed letak? sampai kitorang or mungkin aku je ketagih tempe goreng masak sambil kering tu.

buddies 5ERTM 08/09 mesti teruja kalau bukak story pasal tempe weed ni.kalau ditanya mengapa mereka suka GILAK dgn tempe yang dijual dgn harga $50 sepaket ni *agak nye ni kot jawapan diorg

  •   tempe ni sedap   
  •  tempe ni berkhasiat,protein dan lemak yg terkandung memberi kami        tenaga yang dahsyat
  •  dia mencipta kenangan,kami main baling2 bila tetiba perasaan boring tu             muncul  
  •  mengelakkan kami drpd tersengguk sengguk ketika cikgu mengajar  
  •  menjimatkan wang $50 sepaket cukup membuat kami terasa kenyang    selama berjam jam lamanya 
  •  boleh buat kami awet muda
  •  sebagai supplement
   ouhh HEBATT

bunyi kriukkriuk ketika mengunyah langsung tak menggangu penduduk setempat.yg penting perut kenyang hati pun senang.

bila agaknya dpt pekena tempe weed ni lagi kan?penangan mende ni sampai boleh buat aku laju je manaip entry ni.

Wednesday, May 11, 2011

hujan turun

yeehaaa,,
tengah syok2 tgk cerita 1 000 000 cinta marshanda kat tv3 tetiba dummmmm bunyi guruh kedengaran di langit.
alhamdulillah bau2 hujan nk turun dah tu.lame aku tggu,,kesian tgk pokok2,rumput semua kehausan ,,
maaf la rumput2 n pokok2 bukan aku tak nk siaram tapi almaklum la sekarang ekonomi tgh meleset..
*ade kena mengena ke?

aku dgr tu.......
mcm bunyi hujan,,bau hujan asid pun ade.YA ALLAH turun kan lah rahmat mu ..
ehh tak de pun hujan..PHSYCO betul.

ade la dlm beberapa hari dlu katenye kat dlm berita (bukan aku yg kate) suhu kat m'sia sekarang ni mencecah 34 darjah celcius.fuhhh panas tu

emosi seseorang itu akan cepat berubah mengikut keseuaian suhu or cuaca yg sedang dialaminya !

*paham2 je lahhh

betul kate orang ''lu bukin wa panas je lah

*ape cite nye nanti kannnn

Saturday, May 7, 2011

terima kasih

terima kasih kpd rakan2, *ta nk spesifik kan
ramai yang dah cerita pasal buku ni

mulalah kisah,,
tak kira habis sahaja matrik aku cuba cari jugak buku tu .
jalan aku dipermudahkan. Alhamdulillah
tuptup pija bagitahu 'ain tak lama lagi ada book fair'
senyum sampai telinga ainie dibuatnya

azam ainie "aku mesti beli juga buku tu"
-pertemuan diatur anatra ainie dgn pemilik blog www.reject4hottie.blogspot.com
niat nk beli buku tu ainie smpn disebalik hati ini daripada pengetahuan dia
tapi sebab excited sangat terlepas jugak dan disebabkan tiap kali ainie usha booth yang ade tak jumpa pun buku tu .
'''tapi itu tak jadi masalah

terima kasih la dekat dia.dengan keberanian yang tah berapa kerat tu dia beranikan diri bertanya ke penjual yang ade.
at last jumpa jugak buku tu..walaupun dah banyak novel yang fatimah syarha tulis yang aku pilih dan bayar dgn hati yg rasa bercampur baur adalah tautan hati even time tu ade pun yang the latest one.

so yang penting dekat sini ainie nk berterima kasih dekat novelis tu coz dah bukukan satu story yang aku rase tenang aje bile baca . terima kasih sekali lagi .

*gambar akan di paste bila ainie dah habis baca nanti ya

terima kasih .

Wednesday, May 4, 2011

karaoke

demam yang menyebabkan suara ainie sengau tak menghalang diri ini drpd berkaraoke .
ni ditambah dengan sokongan yg padu oleh rakan2 sekaraoke baru2 ni .
kata mereka "nyanyi je ainie yg dgr ktorg je"
mule2 malu tapi sekali dh sumbang kan suara sukar mahu berhenti,
nasib la sape yg dgr .
tetttt..
akibat nye balik terus diserang demam panas .
*sape yg dengki ni ? 

malass

aku hampir jadi mcm ni lah sebenarnya .
mengangkang je kat rumah.
kemas rumah pun malas.
ish anak dara ape ni?

huarhhh,,
dah pukul bape ni?
laa awal lagi ni. *padahal dh pkl 2
wahh lmbat nye masa berlalu

percaya atau tidak ainie ade kebolehan stay atas sofa berjam jam lamanye smbil
tgk tv .
sekali pandang sebijik mcm pakcik kat atas tu

haha .

Tuesday, April 26, 2011

hingusss

ada satu drama melayu ni,,tonton di astro (tajuk dirahsiakn)
kesiannnn,,
babak kne nangis muke dh jadi dah,, uhhh cube lagi kerana tiada tears comes down *gud luck
lame bertarung but still no more tears *fine
suddenly,,
hingus dari lubang hidung kanan *kasi spesifik keluar-flows out to the upper lips then enter the mouth ..
bhahahahaha ..
tak tahann nk gelak,,
scene sedeyh but aku gelak guling2
maafff
tak menghayati lakonan 'encik'

^nasib baik si atuk tak tengok kalau tak mesti beliau gelak sekali

"pape pun cite tu best

gambar tak relevan langsung!

Monday, April 25, 2011

beza kawan saya dan anda ! (bab 1)

lalalala~
lahir since 1992 (tiada yg perlu diarahsiakn) mesti la macam2 jenis org yg aku dh jadi kan kawan kan . .


hari ni tanggal 25 april 2011 tarikh keramat dimana semua ahli keyes gathering sesama,,
yang penting semua ade . bestnye .

aku ni jenis yg pendiam (ye ke) tapi bile dh bersatu dgn semua da'keYes ni mmg tak boleh nk diam dah . hahaha~


_credit to puspa :)

Friday, April 22, 2011

rindu la dgn diorang !

sisa2 rindu kat budak bilik 11 n 12 (kenangan t'indah) ade lagi la..
seriously suke aku tgk kerenah diorang.
bukan je budak bilik 11 tapi budak bilik depan jugak .

Wednesday, April 20, 2011

maaf kawan !

eh kau kitorang nk cube baek2 dgn kau tapi kau buat dak je kan !
kau mmg buat2 tak nampak kitorang kan?
seriously aku dulu yang ade rase nk berbaik baik dgn kau terus HILANG .

sampai hati kau kan ?
hishh kalau ikot kan hati nk je aku sembur kau.
tapi nasib baik Allah masih kurniakan aku ni tahap kesabaran yang tinggi.
dah tak de ke rase kesian or sayang kau tuh kat kitorang?


eh kau kena ingat setahun weh kite duk sesama,
dalam sekelip mata je kau berubah kan !
sini aku bagi tahu ape masalah kau ,
kau ni tak boleh terima ape salah kau,kau igt kau je betul,
tak silap dulu kau ade tanye 'kalau aku aade buat pape salah kat korang bagitau la'
beb we all dah bagitau ye .
tapi EGO kau tu .

okey lah beb, aku malas nk ckp banyak,kalau kau tahu ape yg sebenyarnye terjadi,
aku harap GILE ni kau sedar .


-ni sume terus dari hati ke jari2 aku tanpa lengah2 terus publish kat sini-

tapi,, knape aku yg kena minta maaf?
tak faham la?
oh mgkin aku yg salah kot.
ok ak terima. .
aku SALAH PILIH KAWAN !

mmg patut pun kau kena kunci kat luar,biar rase
dh tahu tak de kunci nk balek lmbat tu pehal..
and tu tak rfeti2 ke nk bagitau ade kunci ke tidak .
PANAS ni.

naseb baek la ade jugak yg insan yg sedar time tu.kalo tak bermalam la dibawah sinaran bulan.

Saturday, March 19, 2011

ni yang last .

to sir aznam :
maaf sir saya dah langgar aku janji yg di buat .
tapi saya harus post something..
tak kan nk biar blog yg baru dibuat ni berhabuk.
kosong begitu sahaja .
ni yang last ,,until the last paper !
saya janji .

p/s ; biar la kali jadi student yg chantek dan baek .=p



permintaan : doakan kejayaan saya menghadapi PSPM 2 on 11/4/2011 ni ye !
doa anda saya susuli dengan ucapan terima kasih . :)

sporting la sikit ;

sedih pule bile mengenang kan bende tuh.
aku selalu bermonolog dalaman.'eh bestnye diorang,unite nye diorang,happening nye'
dan perasaan kejelesan itu tetube datang dgn cepat dan pantas .

kenapa lah bende tu tak berlaku kat "sini"
mgkin pernah terjadi buat certain2 time i guest
but most of the time?
(pel-least)

aku faham kite sume dari latar belakang yang berbeza beza tapi itu kn bukan penghalang nye.
aku tau kite boleh pecah kan ice-berg yg on da way menghalang kework togetheran kite tuh
betul aku sungguh percaya.
event yg dirancang yang sepatut nye jadi projek pemecahan ice-berg tuh pun tak jln dgn lancar sangat .


aku dapat rasa kan since kite sume belum nk mulakan perjalanan lagi..
1- boleh pulak die buat tak endah je.kne pujuk manja2 dlu baru la terhegeh hegeh nk siap.
eh kalau bukan sebab aku fikirkan objektif event tu dh lame aku biarkn !
tapi tak kan .

ni satu hal , ade lagi ni .
aku tak kire
by hook or by crook
ak nk cerita gak.
sebagai pengajaran . .

2- ape lah salah nye kite pegi sesame as satu group yg ditakdirkan bersama,
kenapa lah kena asing2.mmg dri luar korang tak nampak ape yg aku rase , tapi actually batin aku tersiksa pule .

3-event tu hanya untuk kite2 je ye .

4-ape je aktiviti yg kite buat sesame?mksud aku semua org involve?semua gembira?tak de kan?
even kite tak de 1 pun gambar semua ahli dalam group tu ade.pasti ade yg tak cukup.aku paham korang penat kalau takat sorang 2 tu aku tak kisah maybe atas masalah2 tertentu tak pe.aku consider.
ni.........tak pe lah biar lah aku telan sikit2.kalau terasa pahit aku telan lah madu tualang banyak2.

5-mulut orang susah kan nk tutup . tak semua bende yg kite rancang menjadi.mmg susah nk puaskan hati semua org . Maaf ye !

6-encik jangan lah tetibe tak jadi dingin dgn kami . untung lah ade org sayang . tapi jgn la kami yg lain terbiar begitu sahaja.ouh saya lupa anda tak berapa sihat . -___-

post 2/3 done !

maaf ?

ok fine pasni ktorg ta kn amek lagi pape dri kau !
mintak halal semua benda yang kau dh bagi kitorang slama ni .
sebab mulut badan binasa !

peringatan untuk kau dan aku !
kalau kau ade kat tempat kitorang time tuh pun kau akn buat mende yang sama gak kan.
ye lah kot budak tuh kawan kita gak kan.rapat lagi,,selama ni selagi ade mende yang kite boleh kongsi sesama kite kongsi..
macam ni bagi aku kalau dh letak kat public tuh mmg untuk diwakafkn pun kan.or dalam erti kata lain "eh amek lah mmg tuk guna sesama pun"
tapi,,
kalau kau rase itu tuk kau je,,eh simapan dlm loker boleh?hide it until no one can ever see it.or maybe you buat note besar2 'harap maaf ni aku punye'so kitorang pun dgn menggunakan kewajaran akal yg dianugerah kan Allah ni akan cube memahami nya.

jujur weh,,sbnrnye aku ni tak tahan dgr kau mencarut or guna bahasa2 kasar ni or swear word ni !
ye mmg sbnrnye selama ni cube adapt dan alhamdulillah aku mampu,
but satu kejadian ni membuat kn aku betul2 terasa kepanasan nye.
kalau kau tanye 'eh ape kaitannye?'
aku akan ckp 'ade'
sebelum kau nk komen pape tgk dlu sape yg kau nk komen tuh .
hormat die sikit !
kalau kau jage mulut kau tuh bebaik confirm weh bende ni ta kan terjadi
tapi nak wat cam ne kan nasi dh jadi bubur.

tapi kau jangan risau la
kalau kau mintak maaf,, aku akan gigih berusaha memaafkan nye
tapi kalau nak lupakan, sorry beb SUSAH.
aku ni bukan malaikat or nabi.
aku ni manusia sejagat je kot.warna rambut je same tapi hati lain2

btw thanx for all the hospitality that you have gave me before .

post 1/3 siap !

Sunday, March 6, 2011

h2t6

yeah your're the rockstars baby!
kalian2 lah antara yang ak bakal paling rindu once dh habis matrik nnty !
masing2 ade stail dan gaya masing2


yang berkemeja tu nk je aku pakaikan baju kurung .anda igt anda hutsetap .

?? baju yang aku paky tu pink ke purple ?

Friday, March 4, 2011

horshoe crab

bukan nak story ape,
tapi sakit ouh mata tengok .
hari jumaat pun nk 'bertindih'
*maaf pada yang terasa dan merasa

ade 2orang tuh ak jalan sekitar2 nampak diorang
shuffle2 lagi nampak 2orang lagi *pasangan yg lain
serius aku ni tak leh terima view INDAH sebegitu .

tak sikit2 boleh la , ,
tapi kalau pusing2 stok muka diorang je muak jugak .
tak kesah la kalau korang dh jumpa jodoh korang yg ak agk mmg tak akn kekal sepanjang hayat,fizik or akaun
tapi perlu ke selalu jumpa ?
eh lebih baik lagi mase yg berdating tu digunakn tuk basuh baju kat bilik
ni ade smpai ponteng2 kuliah , kelas !
Rugi tahu !

ok fine tu hak korang , tapi aku ni sebagai manusia sejagat terasa jugak keeffectan nye !
ak dh tertengok maksiat ke?
oh tidak !
oh okay tu bukan ter namenye . ak yg merelakan 2 biji mata
ade lagi yg lagi dahsyat . malam jumaat tuh .
para jemaah surau elok2 beribadat yg konfem2 dpt pahala , and kalian pulak berancak2 di'situ'

Saturday, February 26, 2011

5pusingan

walaupun ta dpt buat hari2
hujung minggu pun jadi la.
walaupun  ta dpt laksanakan 2jam
20 minit pun jadi lah.

hah ape aku buat ni . .
actually hamba ni in progress nk kurus kn badan .
lalalala~
go ainie .

oh ye knape teringin nk makan yg sdp2 ni?
ahahaha.
cam ne ni.
makan teteap makan tmbh2 bile orang belanja.
bak kata pepatah rezeki jangan ditolak.
open table yg dilaksanakan setiap hari rabu , dihadiri oleh semua ahli f.u family
membuat kn saya gemuk seketika .
ada aku heran . ish2

terima kasih yasmeen dan nurus !
mereka kate saya dh kurus siket .
ni yang membuatkn terbakar semangat dan lemak saya ni untuk berjuang sehabis baek !

by the way saya joging bukan sbb nk kurus pun ade sebab lain juga !
para profesional menghabaqkan
`Running can counteract depression, as all forms of exercise can help people cope with depression. It increases the capacity to work and lead an active life. The fitter you are, the more active you can be. '


_ ada gambar untuk kalian lihat sebenarnye tapi masalah problem timbul secara sengaja , derr saya redha_

Tuesday, February 1, 2011

BRUNO MARS yg ku rindui !

honey you kat sne sihat tak?
ehh..tak de papelahh !
kantoi pulak ,,-__-

walaupun tak sekachak josh harnet amanina !

giler lahh..ske pule si ainie ni dgn bruno mars !
ye lah wehh ske kot tgk die senyum..
aduhh cair I you know !
dh la suara menusuk kalbu..suara kau slalu terngiang-ngiang kat kepala otak ak ni
n skang ni kalo sehari tak dgr lagu mamat ni tak sah..
giler rindulahh nk tgk kau lagi..tak kesah la kalo dari jaoh pun..(mksod ak youtube lahh )

*skang tgh cari gamba2 beliau yg kachak2,,tapi mencabarnye nk cari,,,,,,,,
  [eh kau nyanyi lagu http://www.youtube.com/results?search_query=bruno+mars+just+the+way+you+are&aq=1 tu tuk aku ke? ] hakhakhakhak
trimas ye !

ohh ok fine'''
kau ni tak lah kachak mane..tapi ak suke STYLE kau lahh..
so, to nina,fataina,bdk wing ak n sape2 yg berkenaan yg nk tau sgt sape yg bkl jadi 'him'ak tuh kalo boleh nk mcm ni la..jom bntu ak cari ! or nnty kalo ak dh jumpe,korg 1st persons ak bgtau..
kachak luar kachak dlm kachak dgr sini ~ suke pule.
dh nk sambong dgr lagu the other side then taking to the moon then yg sterusnya , next playlist smpy la tertidur.
hnye bruno mars je lah yg pndai dodoikn ak sblom tido.kalo kau boleh bace kn bedtime story untuk ak kn lagi bg0s !

*he knows how to work on hat *
*he knows how to pull a piano*

dh lahh,,lagu sape ni ?
"gudbye baby" aduhh ak dh boleh hafal lyric die..sume blog nk bukak skali dh tuptup kuar sume lagu berlapis2 mcm kek lapis..padat..
ok lah bak kate lagu tuh 'gudbye baby' =p