Thursday, August 11, 2011

mercun bulat seperti bola ?

"adikk, abang, kakak, pakcik makcik mari2 ni ada pup pup, bunga berapi, maracun" kata illegal penjual bunga api bagi menarik minat orang yang lalu lalang didepan meja yang diletakkan berbagai jenis, warna, bentuk, dan kalau dinyalakan sumbunya meletup ! letupan tersebut boleh membuat mak jah yang tengah menenyeh doh kat dapur melatah sambil membaling doh tersebut keluar, kesian mak jah. rugi tepung dan mentega.
 mereka2 ni (yang jual mercun dan bunga api) sebenarnya tak de pun tempat yang tetap untuk menjual stok barang yang berbahaya ni. mana ada tempat yang kosong disitu diletakkan meja. kadang2 ada yang bersila je. janji mercun aku laris (katanya). ya kot, kalau nak mohon satu tapak dekat one of bazar ramadhan di Malaysia ni memang tak lahh, baru nak ambil borang beli tapak dah kena tangkap.

 ___________


assalamualaikum.
baru 12 ramadhan tapi berita tentang budak kecil yang putus jari, melecur dek kerana mercun beli or hand made memang rancak kita dengar setiap hari. kesian budak2 tu. 

aku sebenarnya ada cerita jugak. memang pengalaman sendiri. 
>> di suatu petang, pommmm "woi bunyi apa tu?" setiap insan yang ada dalam rumah papan berhadapan dengan sg pahang berkejar ke tempat kejadian. mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah cuma tersengih apabila melihat orang lain panik melihatnya. tah apa2 tah budak ni kita tengah panik jari dia berdarah dia tersengih je. aku rasa dia tengah tahan sakit tu. tapi cover beb, mungkin malu kerana salah sendiri. aku ni yang pening2 dibuatnya tengok darah merah mengalir di celah2 jari dia sederas air sungai tu. tanpa banyak "?" di sekitar kepala bapa mangsa yang kalau disuluh dengan laser memang jelas bentuk macam telinga kuali tu terus capai kerusi mengutip sawang2 di atap zink tempat penginapan sang labah2, dan terus diletakkan di jari mangsa bagi menghentikan darah.
lepas seketika suasana menjadi kembali tenang, soal siasat oleh ahli keluarga bermula ...
"mana kau dapat mercun tu?"
"ada kat atas dalam plastik hitam"
"dia bakar mercun bola ! " teriak salah seorang daripada 20 orang cucu pemilik rumah tersebut.
"ye2 mercun bola"
"mercun tu untuk halau kerbau masuk rumah dan kebun lahh"
"theee heee :) "


nampak kann? budak2 memang punya sikap curiousity tahap tinggi. nampak benda baru je nak try. kita yang dah boleh beza antara baik dan buruk, selamat dan bahaya ni tunjuk laa pengajaran sikit. nak main bolehh, tapi guide mereka. kalau tak main tak de life laa raya betul tak?

jari putus? tak de masalah jum kita  pakai jari beruk .
berbulu sikit lahh tapi
lalalala~
*maaf kepada yang terasa. 
(jalan cerita diubah sedikit, tak boleh cerita lebih2 kerana itu semua adalah kenangan saya)


No comments: