Sunday, March 4, 2012

diberi susu dibalasnya tuba

Memang tradisi masyarakat kita kan "bila orang bagi kita pizza dalam kotak PHD kita balas balik tomyam seafood dalam kotak tu balik". tapi tipulahh. Mana ada orang isi tomyam dalam tu kan. Tapi aku serius suka dengan tradisi tu.

Teringat kat mak aku kat rumah tu tetiba. Ni, aku sebagai masyarakat yang rumahnya berjiran dengan masyarakat 1Malaysia ni tak pernah lekang dengan tradisi tukar-tukar makanan ni. Tambah-tambah bila musim perayaan or mak aku tetiba rajin nak masak sesuatu yang memang marvellous sedap ataupun jiran-jiran rasa macam nak test power masakan diorang. Masing-masing mulalah letak dalam pinggan and bagi jiran sini rasa sikit jiran sana sikit. 



Kata orang sharing is loving kann.
Tu sebagai tanda kita berterima kasih pada jiran kita. Terima kasih sebab sudi bina rumah sebelah kita, tolong tengok2 kan rumah kita masa kita  tengah cuti-cuti Malaysia or Dunia, jadi tetamu wajib setiap kali buat majlis kat rumah, dan yang sewaktu dengan tugas2 sebagai jiran tetangga. 

Jiran sebelah rumah aku ni India. Kami ni dah berjiran lama dah, since dari rumah lama kat Setapak lagi. Rumah yang dulunya panjang tu sekarang dah pun jadi tinggi =.=' .. Aku ni dulu yang chantek sikit sekarang pun dah chantek banyak. Bila bab tukar makanan ni memang selalu sangat. Kalau nak senaraikan "menu" tu banyak derr. 

Yang kelakarnya, bila mak aku or auntie sebelah ( selalu panggil gitu ) hantar makanan, contohnya tose dan kari (sangat terliur, lap sikit) oleh auntie sebelah, dan letak tose tu dalam pinggan dan mangkuk, yang mak ni  pulak akan simpan pinggan tu sampai ada benda yang boleh letak balik atas pinggan tu sebelum hantar ke auntie sebelah. kadang-kadang sampai berbulan bulan. Bagi makanan time raya melayu, pinggan tu dapat balik time raya india or kristian. Begitulah sebaliknya. Even antara jiran tu dah cakap "nanti takpayah nak balas pape ye, (sambil buat muka senyum) " 

Tapi kalau kitorang adik beradik, bila mak hantar makanan ke diorang selalunya kami semua stok2 doa 'moga balaslahh balik makanan tu ikut kepakaran masing2'. Buruk perangai adik2 aku ni ;p. PEACE. Kalau auntie sebelah selalu kitorang harapkan tose or capati sedap. Memang auntie sebelah pun faham sudah apa kegemaran jiran dia ni. 

Rindu rumah pulak. Adehhh

nota kakilima : ehhh awak thanx ye indulgence tadi. Kita mampu balas chokichoki yang dilampirkan (kerja bm tak siap lagi)  bersama garfu awak tadi. Tu je. Lain kali bagi lagi ye (:

Thursday, February 16, 2012