Thursday, June 30, 2011

siri kedai mee rebus johor (nun nun nun)

adik - mee goreng ni nak hantar ke mana?
tuan kedai - sana sana (jari telunjuk menghala 30darjah ke utrara )
adik - tu semua dah makan.yg mana?
tuan kedai - nun sana nun
adik - (pergi tempat yg ditunjukkan. ada siapa yg order mee goreng?) *diam
           jumpa tuan kedai balik
insan - sini adik
adik - laa sini je saya dah ke pluto rupanya dekat marikh sahaja
tuan kedai - apasal lambat sangat??
adik - jauh tu. nun nun nun
tuan kedai -  -,-



Tuesday, June 28, 2011

siri kedai mee rebus johor (gaji ?)


insan - adik kerja sini dah lama?
adik - dahhh
insan - gaji berapa dik?
adik - tak de gaji
insan - kenapa?
adik - tuan kedai dah besarkan saya 19tahun tanpa minta gaji
         daripada saya pun.

 

Sunday, June 26, 2011

hehe

ahli sejarah sangat bijak kerana berjaya mencipta abjad A-Z.. tapi dia telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan U dan I berjauhan..sbb tuu I always rindukan U

*jangan berani fikir yang bukan2

duawarna


kalian suka yang mana?yang berwarna atau yang hitam putih sahaja?

dua2 pun ada kelebihan dah kelemahan masing2.yang hitam putih ni kelebihan dia ialah kita tak payah nak ambil masa yang lama untuk buat pilihan,by the way mimpi kita sebenarnya warna hitam putih. macam lelaki dan perempuan yang diciptakan berpasangan antara satu dengan lain,sama lah macam hitam dan putih ni,,mereka berpasangan. warna hitam putih juga menunjukkan sesuatu itu adalah rasmi.surat2 sekolah,office2,perlembagaan semua nye dicetak dgn dakwat hitam diatas kertas putih.surat ke pakwe makwe je berwarna warni siap ade bedak lagi kalau yg tak mampu or siapa yg kaya letak perfume nak bagi surat tu wangi.
tapi kelemahannya-org akan igt kau ni berfikiran sempit,malas nk berfikir,mungkin kuno

*tapi bagi aku hitamputih itu semart !


Thursday, June 23, 2011

jum jadi watak jahat

bagi aku kita sebagai manusia kena terus berfikir tentang masa hadapan.sentiasa punya rancangan kalau kau nak kan sesuatu ataupun untuk elakkan diri kau dipijak.
*ouh ya,,jgn la kau copy sebijik sebijun perangai bengis ditambah dgn evil mind watak tu bercampur evil mind kau.
ambil ikhtibar sudahh,,mesti sentiasa berfikir dan berfikir dan terus berfikir,,kau mesti fikir yg kau akan berjaya dpt apa yang kau inginkan.contoh macam witch(teliti gambar) dalam serita snow white tu..sanggup berubah jadi nenek tua yang kerepot seribu (mungkin lebih)semata mata nak bunuh si snow white.
*kau sanggup korbankan muka chantek2 kau untuk bunuh orang?
atleast dia tahu apa nak buat...senang cerita orang jahat ni kreatif




jangan jadi lembab lemah seperti watak baik dalam sinetron2 indonesia tu,,tggu nasib baik sahaja.
itu semua cerita (jangan peduli apa yg watak baik tu buat) tipu.


tapi tak kan nak tunggu kau kena











dulu baru nak bangkit?


sekian

Tuesday, June 21, 2011

belum terlambat lagi kan ?



kalau semua nak tahu,aku ni tak wish either mom's day or dad's day ke parents aku.

kenapa? aku malu !

rasanya adik2 aku pun tak wish mereka.

to mak n ayah maaf.kami adik beradik mmg malu nk buat benda2 macam ni.tapi ketahuilah bagi kami everyday is mom's n dad's day.

p/s ada sesiapa yang sanggup wish  mom's n dad's day kepada mak dan yah aku tak?aku maluu laaa

Friday, June 17, 2011

kelipkelip

baru menjalankan lawatan ke blog2 insan diluar sana.tertarik dgn satu blog ni chantek,,tapi liplap liplap !

Wednesday, June 15, 2011

MALAS nk buat tapi WAJIB buat !

terus ke point yang pertama

1. bangun tidur = masa nk menggeliat tu mesti cakap ayat ni "malasnye nk bangun" *sambil suku kata ngun dipanjangkan harakatnya..nak ta nak kena bangun jugak.so sekarang kena tukar ayat bila nk bangun "eh dah bangun?alhamdulillah,syukur kepada ALLAH kerana aku masih diberi kesempatan lihat matahari" bayangkanlah kalau korang tidur balik lepas tu dah tak bangun2 dah?nk ckp menyesal aku tak bangun tadi pun dah tak sempat.

2. makan= sememangnya aku ni malas nk makan.sebabnya kena basuh tangan lah,senduk nasi la,banyak kerja,tapi mcm tipu je?kalau aku mmg malas nak makan kenapa aku tak kurus?kadang2 kalau mak tengah makan mulalah aku suakan mulut minta disuapkan,,senang kerja aku cuma tinggal kunyah & telan.

3. kuruskan badan= yang ni satu lagi,,haduhh malasnya aku excercise,tapi kalau asyik makan without doing any physical activity confirm lemak dibadan akan berada dlm zon yg selesa.lepas tu kebaya simpan dlm almari je lah.

4. kerja = disebabkan setelah asyik mencari dan mencari kerja tapi satu pun tak dapat sekarang aku dah jadi malas nk cari,,arghhhh *jerit kat sini because tak terdaya nk pergi pantai
(selamat tinggal iphone and canon eos kuh)

5. mengasingkan biji cili dalam makanan = aku tak paham kenapalah banyak biji cili dalam masakan melayu ni?nasib lah kalau kau makan dengan aku,dibuat nya dalam menu yg di order tu ade bijik2 putih yg chomel katanya sebagai penambah rasa pedas kau kena banyak2 bersabar tengok aku buang biji2 tu semua sebelum masuk mulut

6. sikat rambut = tak nak cite panjang,cume nak nasihat-jangan terkejut kalau tengok secara sengaja atau tak sengaja sikat aku.
(gamba disebelah tiada kaitan dgn aku)

Wednesday, June 8, 2011

kenangan malam tadi

keratan ni aku kerat from kosmo hari ahad lalu,,kerat pakai buku terlefon rumah wan lagi,dengan harapan nanti boleh laa rebut tiket tu kat kaunter yang disediakan.
untuk info-tapi cuma tinggal kenangan saje la,,setiap keratan akan dpt 2 tiket free,venue die dekat tgv wangsa walk yg cume 3stesen lrt je dari kediaman 21 tingkat aku ni.hari serta masa telah terpahat indah dlm memori aku iaitu 7jun(selasa) jam lepas maghrib.
but,,hajat terpaksa dilupakan kerana harus keluar bersama family tercinta pada malam tu.tak pe laa keluarga harus didahulukan.
tunggu je ada insan yang mahu belanja aku menonton filem lakonan exsuperman nihh..

pegi mane je,,lps pegi rawang singgah sebentar di tesco rawang,,kehendak aku-memiliki chipster hotnspicy dan terus memakan nye sesampai dalam kereta sambil2 menunggu tuan ayah memandu ke kedai makan untuk MAKANN.

sampai rumah kemas2 barang terus masuk bilik,,adek aku dah membebel ''ain pesal kau tak nk tutup tingkap ni kang lipas terbang masukk die stop kat katil aku dlu' aku jawab laa 'lipas terbang je,tu pun  nk kecoh,kalau kuda terbang masuk baru kecoh ye'-disebabkn aku sorang kakak yang baik aku tutup tingkap tu tnpa banyak soal.
*lipass?aku pun geli
kenapa aku tutup?memang laa,tu kalo lipas tu nk stop kat tempat adek aku dlu,,kalau tempat aku?tidur tak tutup mata laa gamaknye

Monday, June 6, 2011

ilmu

disaat keboringan tahap gaban yang melanda saban hari aku tgk tv nonstop
tapi daripada tgk cerita yang tah hape2 tu aku fikir lebih baik membaca.

ya..
aku membaca-baca novel,baca majalah,baca buku 'seni bahasa badan' (yg disyorkan rakan2)
*membaca-baca= kerana dah banyak kali membaca tu semua
tapi once aku dh on internet carian ni aku pegi untuk membaca.
atau lebih tepat lagi menimba ilmu.macam2 aku search

siapa kata mukabuku itu cuma laman sosial? situ juga tempat aku menambah ilmu terutama dalam ISLAM dekat situ.
sangat suka menghabiskan masa mendiscovery ISLAM di website ni.
kalau rasa mahu mencari tahu perihal cinta manusia sini aku terjah.

Bacalah...kerana dengan membaca ia membawa kepada ilmu, ilmu membawa kepada amal, dan seterusnya amal membawa kepada taqwa.
baekk saya cuba praktik kan !