Thursday, August 18, 2011

akulah OKB SEKEJAP


pelik dengan  turtle@tittle ?

assalamualaikum !

18hari lagi menuju dunia siswasiswi ni, menggelabah pule ..
*tak pe kita buat slow and steady, ramai yang boleh bantu. chill ainie chill.

___________

tahniah anda layak menerima wang pendahuluan ptptn ( WPP) 
yahoooooooooooo . 
HARHARHARHAR AKU KAYA !
dengan duit ni aku nak beli baju,tudung lilit2,kasut, makan luar pun best jugak,eh beli mercun pun ok biar hangusss duit aku !
tak nak lahh aku nak bayar muka kereta,dapat tayar depan pun jadilah. lalalala~
tambah2 ni nak raya,wahh2 berbaju raya baru nampaknya, nak suruh rizalman design baju, tempah kasut dekat jimmy choo, hebat2.
nak buat amal sikitlah, buat jamuan buka puasa boleh ke takpe?
chopp2, apa kata kita beli dslr yang kau idamkan tu nak?
macam mana ni? banyak nya nak beli,, haduhh4 *hentak kepala ke lappy


HAMBOI RANCAK LISTING NAMPAK !

ehh bukan2, duit "sumbangan" wpp tu banyak gunanya cik ainie oi !

``kita lupakan kehendak dulu, utamakan keperluan .

urusan universiti yang bakal kau masuk siapkan dulu ainie, dengan "sumbangan" tu kau bayar yuran ke, beli barang nak bawak ke, hape ke kan lebih baik nampak wisely sikit. pejam celik pejam tak celik2 , gedebak gedebuk habis jugak duit 1500usd kau tu .
berhuntong le kau kalau dapat duit ni.ada yang tak dapat tapi nak sangat. ALHAMDULILLAHx3
bersyukur lagi surat tawaran dah sampai- ALHAMDULILLAHx3

dengan ini saya ingin memberitahu saya yang bernama NURUL AINIE BINTI MUHAMMAD bernombor matrik 11**** akan mengikuti program pengajian IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)(PENDIDIKAN KHAS) di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA selama 4TAHUN yang akan mendaftarkan diri pada 6SEPT2011 dan merupakan seorang TEKUN.

sekiannnn




Thursday, August 11, 2011

mercun bulat seperti bola ?

"adikk, abang, kakak, pakcik makcik mari2 ni ada pup pup, bunga berapi, maracun" kata illegal penjual bunga api bagi menarik minat orang yang lalu lalang didepan meja yang diletakkan berbagai jenis, warna, bentuk, dan kalau dinyalakan sumbunya meletup ! letupan tersebut boleh membuat mak jah yang tengah menenyeh doh kat dapur melatah sambil membaling doh tersebut keluar, kesian mak jah. rugi tepung dan mentega.
 mereka2 ni (yang jual mercun dan bunga api) sebenarnya tak de pun tempat yang tetap untuk menjual stok barang yang berbahaya ni. mana ada tempat yang kosong disitu diletakkan meja. kadang2 ada yang bersila je. janji mercun aku laris (katanya). ya kot, kalau nak mohon satu tapak dekat one of bazar ramadhan di Malaysia ni memang tak lahh, baru nak ambil borang beli tapak dah kena tangkap.

 ___________


assalamualaikum.
baru 12 ramadhan tapi berita tentang budak kecil yang putus jari, melecur dek kerana mercun beli or hand made memang rancak kita dengar setiap hari. kesian budak2 tu. 

aku sebenarnya ada cerita jugak. memang pengalaman sendiri. 
>> di suatu petang, pommmm "woi bunyi apa tu?" setiap insan yang ada dalam rumah papan berhadapan dengan sg pahang berkejar ke tempat kejadian. mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah cuma tersengih apabila melihat orang lain panik melihatnya. tah apa2 tah budak ni kita tengah panik jari dia berdarah dia tersengih je. aku rasa dia tengah tahan sakit tu. tapi cover beb, mungkin malu kerana salah sendiri. aku ni yang pening2 dibuatnya tengok darah merah mengalir di celah2 jari dia sederas air sungai tu. tanpa banyak "?" di sekitar kepala bapa mangsa yang kalau disuluh dengan laser memang jelas bentuk macam telinga kuali tu terus capai kerusi mengutip sawang2 di atap zink tempat penginapan sang labah2, dan terus diletakkan di jari mangsa bagi menghentikan darah.
lepas seketika suasana menjadi kembali tenang, soal siasat oleh ahli keluarga bermula ...
"mana kau dapat mercun tu?"
"ada kat atas dalam plastik hitam"
"dia bakar mercun bola ! " teriak salah seorang daripada 20 orang cucu pemilik rumah tersebut.
"ye2 mercun bola"
"mercun tu untuk halau kerbau masuk rumah dan kebun lahh"
"theee heee :) "


nampak kann? budak2 memang punya sikap curiousity tahap tinggi. nampak benda baru je nak try. kita yang dah boleh beza antara baik dan buruk, selamat dan bahaya ni tunjuk laa pengajaran sikit. nak main bolehh, tapi guide mereka. kalau tak main tak de life laa raya betul tak?

jari putus? tak de masalah jum kita  pakai jari beruk .
berbulu sikit lahh tapi
lalalala~
*maaf kepada yang terasa. 
(jalan cerita diubah sedikit, tak boleh cerita lebih2 kerana itu semua adalah kenangan saya)


Sunday, August 7, 2011

dah tiga bulan rupanya

assalamualaikum awak2 yang sekalian.

ni memang berita yang gila lagi mengejutkan !
baru aku sedar ohh kita dah besar ye rupanya (kataku kepada adik2 ku yang lain)
mereka menjawab "memang laa sebab tu aku lagi chantek dari kau" - ayat tak boleh blahh


bukan2.
bukan benda ni yang telah menyebabkan kita membesar .tapi kau tengok laa sekarang masing2 punya handphone sendiri, masing2 dah pandai bergaya, masing2 dah tahu citarasa sendiri
dan yang paling penting "ohh sebenarnya ada antara kita berempat ni dah berpunya,dah pandai nak berkasih kasihan" (ayat terpaksa berkias)

patutlah dia setiap malam tido dah pandai tutup pintu bilik, kalau tak jangan harap laa, katanya panaslahh, takutlah, nanti lambat bangun lahh dan macam2 lagi. tapi semua tu dah berubah
rupa-rupanya every night ada orang nak kol ye dik?

*nasihat dari seorang kakak "aku tak kisah benda2 tu semua sebab aku tahu kau boleh jaga diri, dan jugak kau tahu apa tanggungjawab kau sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, tapi ingat dik jangan kau sampai lalai sudah lahh. dahulukan pelajaran ye" rahsia kau ni aku simpan dari pengetahuan chemat dan maknani tapi kalau mereka dah boleh hidu kes percinataan antara kau dan dia aku dah tak boleh nak bohong la kan.

MAAFF (:

Tuesday, August 2, 2011

siri kedai mee rebus johor edisi ramadhan (bertukar-tukar)

situasi 1
adik : kak mari singgah,dikk sini ada soya panas sejuk,
         ye kak nak apa?
insan : kak?saya lelaki, tua lagi ,,hahaha (gelak beso).kalau abang sedap juga dengar.
adik : maaff pakcik,,nak order apa?
insan : soya panas 6bungkus.
adik : baikk.

situasi 2 (ketika pelanggan sedang rancak)
adik : kak?eh bukan,,makcik nak apa?
adik : mee rebus tuk abang chantek satu.

situasi 3 (ketika kebanyakan pelanggan sedang bermuka monyok menahan godaan air yang sedap2)
adik : kak ni bakinya
insan :  ??
adik : bang ni bakinya
insan : ??
adik : kenapa?
insans : salah kira ni
adik : ehh bukan terbalik lahh,,maaff..




itulah ceritanya bila kita diekrumuni orang yang tak dikenali,,tambah2 kehendak mereka harus kita penuhi kalau tidak lingkup la periuk nasi kita.sebagai peniaga terima jelah "pelanggan selalu betul"