Sunday, March 4, 2012

diberi susu dibalasnya tuba

Memang tradisi masyarakat kita kan "bila orang bagi kita pizza dalam kotak PHD kita balas balik tomyam seafood dalam kotak tu balik". tapi tipulahh. Mana ada orang isi tomyam dalam tu kan. Tapi aku serius suka dengan tradisi tu.

Teringat kat mak aku kat rumah tu tetiba. Ni, aku sebagai masyarakat yang rumahnya berjiran dengan masyarakat 1Malaysia ni tak pernah lekang dengan tradisi tukar-tukar makanan ni. Tambah-tambah bila musim perayaan or mak aku tetiba rajin nak masak sesuatu yang memang marvellous sedap ataupun jiran-jiran rasa macam nak test power masakan diorang. Masing-masing mulalah letak dalam pinggan and bagi jiran sini rasa sikit jiran sana sikit. 



Kata orang sharing is loving kann.
Tu sebagai tanda kita berterima kasih pada jiran kita. Terima kasih sebab sudi bina rumah sebelah kita, tolong tengok2 kan rumah kita masa kita  tengah cuti-cuti Malaysia or Dunia, jadi tetamu wajib setiap kali buat majlis kat rumah, dan yang sewaktu dengan tugas2 sebagai jiran tetangga. 

Jiran sebelah rumah aku ni India. Kami ni dah berjiran lama dah, since dari rumah lama kat Setapak lagi. Rumah yang dulunya panjang tu sekarang dah pun jadi tinggi =.=' .. Aku ni dulu yang chantek sikit sekarang pun dah chantek banyak. Bila bab tukar makanan ni memang selalu sangat. Kalau nak senaraikan "menu" tu banyak derr. 

Yang kelakarnya, bila mak aku or auntie sebelah ( selalu panggil gitu ) hantar makanan, contohnya tose dan kari (sangat terliur, lap sikit) oleh auntie sebelah, dan letak tose tu dalam pinggan dan mangkuk, yang mak ni  pulak akan simpan pinggan tu sampai ada benda yang boleh letak balik atas pinggan tu sebelum hantar ke auntie sebelah. kadang-kadang sampai berbulan bulan. Bagi makanan time raya melayu, pinggan tu dapat balik time raya india or kristian. Begitulah sebaliknya. Even antara jiran tu dah cakap "nanti takpayah nak balas pape ye, (sambil buat muka senyum) " 

Tapi kalau kitorang adik beradik, bila mak hantar makanan ke diorang selalunya kami semua stok2 doa 'moga balaslahh balik makanan tu ikut kepakaran masing2'. Buruk perangai adik2 aku ni ;p. PEACE. Kalau auntie sebelah selalu kitorang harapkan tose or capati sedap. Memang auntie sebelah pun faham sudah apa kegemaran jiran dia ni. 

Rindu rumah pulak. Adehhh

nota kakilima : ehhh awak thanx ye indulgence tadi. Kita mampu balas chokichoki yang dilampirkan (kerja bm tak siap lagi)  bersama garfu awak tadi. Tu je. Lain kali bagi lagi ye (:

Sunday, December 18, 2011

kunci

K U N C I nama diberi.
ada pelbagai jenis. tujuannya satu "nak memastikan keselamatan sesuatu terjamin"
diperbuat daripada besi (dulu)
setelah melalui peredaran zaman yang serba dihujung jari telah berlaku revolusi dari segi bentuk dan kegunaan.

#tak nak cerita pasal kunci pun sebenarnya.

just nak bagitahu. AKU MEMANG TAK SUKA KENA KUNCI DARI LUAR ! 

Thursday, December 15, 2011

advice kentut

takde ke sesiapa nak nasihat kita 
"awak ni kalau rajin study lahh"
walaupun exam cuma jaraknya sesimpang dua je.
memang takde lahh kannn

hentak kepala dua tiga kali dengan bantal (nampak memang malas) !
dah habis hentak, tidur. 

lepas tidur meraba-raba cari makanan. 
ehhh bilanya nak belajar ni? buku dekat meja tu tunggu untuk disentuh.
sentuh dahh, next step buka-konon2 cari yang mana penting nak baca #konon
seterusnya buka penutup highlighter, highlighter habis dakwat~
turun shopping complex cari benda tu  #perlu ke shopping kat complex tu
dahh sampai tgk wayang dulu, makan2 dulu, sambung bowling sampai boring
ehhh buku kat bilik apa cer??

balik dah ngantuk. zzzzzz




Tuesday, November 1, 2011

dari melaka ke negeri pahang

wooo, tajuk gempak.
macam aku ni dah pindah dari satu negeri ke negeri yg lain kann? tapi jarak perpindahan saya cuma sebelah hidung sahaja.  ia cukup membuatkan saya berasa lapar.
dan kesan kelaparan itu, aku lahap seketul ayam kfc yang katanya "tu malam semalam punya"

terasa berat badan luar dalam zahir batin yang teramat sangat meninggalkan desa tercinta yang menjadi penginapan aku selama sebulan lebih di usm ni. tapi apakan daya, tiada yang akan kekal di dunia ini.

cerita sehangat periuk nasi pun dah tak boleh dahh, aku telah officially menghuni desasiswa INDAH KEMBARA.
TEKUN hanya kenangan lalu yang telah banyak kisah suka tawa hilai bersama kawan2 yang gila  hebat.

serius! gila kentang . ngantuk sudah, tenaga sudah habis dan perlu recharge. boleh tidur ke aku ni?selalunya kalau kat tempat baru jarang boleh tidur kot.

Monday, October 31, 2011

nyibuk

tiada masa untuk mengarang !

Tuesday, October 18, 2011

kami meneliti jadual masing2

sila lihat,,padat tak jadual ni? bila nak bernafas pun tak tahu. ='
tuan punye jadual mesti dah kurus agaknya. ni jadual baru untuk siang, malam tak payah ceritalahh.
tapi tidur beliau tak pernah terganggu. sentiasa cukup ! memang super hebat beliau ..
even blok kediaman kami sepelaung je jaraknya,, tapi nak nampak bulu hidung memang susah !

*ni jadual harian rakan saya,, saya punya walaupun banyak masa senggang bak kata a.samad said, tapi kerja beratur tunggu disiapkan.termasuk kena buat lawatan ke PDK, sekolah2, segala bagai pusat kecuali tali pusat.