Friday, July 29, 2011

ashraf ke aleesha ?

"wah bila dah jadi perempuan pun chantek agaknya masa dia lelaki dulu mesti dia handsome kan" 

ni lah sebaris ayat yang aku ingat masa cerita pasal 'ashraf ke aleesha' ni tersebar luas ke segenap pelusuk malaysia. ini merupakan luahan seorang insan yang tak sengaja terbaca artikel tersebut di surat khabar.



-- dan sekarang beliau sedang terlantar dihospital kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah          rendah. aku anggap tu semua akibat , Allah murka then Dia bayar cash.
apa2 pun saya doakan kesembuhan anda dan saya harap anda sedar kesilapan anda


Tuesday, July 19, 2011

tahniah

perjuangan belum selesai
bulan september ni sambung lagi,tarikh yang tepat pada 6/9/2011
dulu di selatan tanah air sekarang kita ke utara sinun pula ye.

ingat lagi dulu ada sesi kaunseling dengan dr.othman dia siap cakap "hah lepas ni ambil pendidikan senang hidup"
aku pun jawab "masalahnya saya ni tak layak nak ajar2 orang ni". aku menolak bulat2 oh
tapinak buat macam mana masa mohon upu dulu aku sahaja je letak pendidikan khas dekat usm kerana ikut nasihat orang,letak sebagai langkah berjaga jaga.hah amek kau berjaga jaga lah sangat, lantaran itu

Tahniah, anda telah berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti APEX). Butir-butir lanjut tawaran ini adalah seperti berikut :

NAMA:NURUL AINIE BINTI MUHAMMAD
PROGRAM PENGAJIAN:IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENDIDIKAN KHAS)
YURAN:RM 1100 setahun.
TEMPOH PENGAJIAN:4  TAHUN
TARIKH LAPOR DIRI:6 SEPTEMBER 2011
TEMPAT LAPOR DIRI:KAMPUS PULAU PINANG,MINDEN
PENGINAPAN:DISEDIAKAN

               *oh tidak, punah lah harapan aku nak jadi seorang nutritionist suatu hari nanti




Thursday, July 14, 2011

lemah

tangan kanan dihulur tanda silaturrahim kepada yang semuhrim dgn aku ,, ucapan assalamualaikum untuk sesiap yang tidak dihalalkan oleh syarak untuk berjabat tangan dgn ku ,,
hai untuk rakyat 1Malaysia yang lain

since aku celik mata pagi tadi hujan turun dgn lebat.hujan lagi sampai la ni (bak kata orang utara). agaknya kalau ANDA tidak membaca entry boring ni pasti ANDA sedang nyenyak tidur. Aduh bangun la rakan2 sekalian jum bersama sama aku mengintai dunia nan indah tapi sedikit berjerebu ni. Jerebu pun salah siapa? Salah kita sendiri la makhluk on earth. Cuba la jadi macam aku ni pepagi lagi dah ringan tulang bantu che mat dan mak nani berniaga.
Tapi boring sangatt..Hujan kan, customer pun malas nak keluar dari opis sanggup berlapar- maaflah kami tiada perkhidmatan delivery.
Aku pun terasa macam gatal tangan rajin pula nak menaip guna fon 12butang ni.rasa seperti orang kaya membazir kredit yang seciput ni.

Selepas seketika 'ain pinggan tu tengok je ke?' oh dah sejam ak melayan system internet disini. bateri handphone pun dah bertukar warna tanda penat.

Wednesday, July 13, 2011

siri kedai mee rebus johor (mahalnya)


insan : adik kira (menjerit sedikit)
adik : nasi goreng  kampung telur mata 4ringgit 50sen dan ABC 2ringgit 50sen semuanya  7ringgit  (sambil                       tersenyum)
insan : hamboi mahalnya ! semalam pesan menu yang sama baru  6ringgit (marah nampak)
adik : agak la ,,semalam pesan menu lain.ingat tak saya yang ambil pesanan tu. (bengang)
insan : errrr (terasa memalukan diri sendiri)

aku ni manis orangnya :D

salam untuk yg kat luar sana tu.
aku nak bagitahu ni yang aku rasa aku ada masalah tentang merasa tahap kemanisan sesuatu makanan atau minuman.patutlah adik aku cakap yang aku ni tak pandai buat air,bukan tak pandai tapi setiap air yang aku buat tu mesti rasanya sesangat manis macam si tukang buat air tu.
padahal aku dah rasa air tu,biasa sahaja.
lama2 baru aku sedar sememangnya aku ada masalah pada lidah ni.
sekarang kalau aku masak atau buat air aku tak kan rasa benda tu,biar orang lain yang rasa kurang gula ke terlebih gula.
hah yang kat luar sana tu kalau nak bertandangke rumah aku diharap anda boleh bawa air siap sebelum datang rumah aku ya.or boleh sahaja kalau korang rasa penat berjalan teringin nak duduk atas wilcha boleh sahaja aku kasi proses tu dipercepatkan.

sedih"


Thursday, July 7, 2011

ayah ni !

akhirnya aku dapat jugak update blog using my own lappy.
rindunya aku kat kau sayang (laptop).
kataku kepada laptop kesayangan ini"""
   kau tahu sayang gara2 kau hilang disorok oleh ehan aku gaduh dengan dia.
   pasal kau jugak lahh aku kena belasah
   pasal kau juga lah aku demam teringat kan kau.
   sekarang ni aku rasa macam nak peluk cium kau sahaja.
   rasa macam nak date dengan kau-kita jalan2 makan2 tengok wayang nak??

  *gila  :D

-aku nyaris ingat rumah kena pecah masuk penyamun petang selasa tu.aku balik tidur dgn terbongkang dekat ruang tamu.ehan kat billik ayah-tidur
kitorang bangun laptop tu dah hilang.aku malas nak tanya,,mgkin dia sorok kat tempat lain.gerakan mencari bermula,mak nani pun selongkar satu rumah.tapi tak jumpa
yang pelik ayah cool sahaja.dia cuma nak broadband ada depan mata dia..
bila dah dapat ayah diam..semalam aku nangis terkenangkan laptop ni..samapi kedai ayah cakap broadband ada dalam beg."ain tak nak bende tu ain nak laptop

Friday, July 1, 2011

siri kedai mee rebus johor (tulisan sanskrit)


tuan kedai - ni apa adik tulis ni?lai chee wangi?
adik - lai chee kang laa
tuan kedai - tulisan dah mcm tulisan sanskrit, masuk muzium ni mesti ramai datang tengok
adik - sudahhh

siri kedai mee rebus johor (cakap laju)


adik - makan apa kak?
insan - apa ada?
adik - (tarik nafas)nsi goreng ada, mee goreng ada,tom yam ada, abc ada, lai chee kang ada, semua pun ada
insan - apa dia?lajunya cakap, bagi mee goreng dan lai chee kang la dik.
adik - (tulis atas kertas lepas tu bagitahu dekat tuan kedai)
tuan kedai - ulang lagi sekali apa insan tu order, adik tak boleh cakap lagi lagu ke?
adik - betul ke adik cakap laju?
tuan kedai - nanti bincang 
adik - derr