Thursday, September 22, 2011

mereka sudah 19tahun


nurshamin najwa binti osmarani.
member kaki gosip aku since form1
now she's taking final exam at uitm.
gud luck,,and may Allah bless you always.
KITA SAHABAT SELAMANYA !



nurul nazihah binti sulaiman
teman mengumpat, karaoke sumbang, tidur dalam kelas 
very busy with her matrix life area2 johor.
sangat sporting, dan kau tak kan pernah kering gusi kalau borak dgn dia.
semoga kau peroleh 4rata untuk pspm ni beb !
kirim salam dgn abg remy tu.
moga Allah permudahkan segala urusan kau.
biar usia kita seiring dgn amal ibadat kepadaNya.
  





Saturday, September 17, 2011

sudah menjadi warganegeri pulau pinang

pusing2 ikut mana pun masih di penang lagi, tak kan sesat punya.
jangan sampai terjun laut sudahlah =,=.

assalamualaikum.

hari yang hebat kerana pertama kali mengEXPLORE negeri orang yang bakal aku bermastautin selama 4tahun ini.

memang namanya perempuan kan kalau bila kata nak out je mesti "shopping lettew" ?

semua barang yang minat, mampu dibeli, tapi antara nak atau tak nak je. pusing2 satu complex sambil otak terpaksa bekerjasama dengan hati untuk fikir nak beli ke tak nak !
prinsip aku "once dah berkenan beli je sebelum terkenang barang yang tiada"
pfftttt-(tapi bukan kali ni, mak saya bukan gabenor negara ye)

setelah jenuh berfikir cuma beberapa barang yg penting sahaja dibeli,,duit mengalir dengan deras bak air terjun di jeram kemensah tak mampu dikembalikan "the goods are not returnable"

KECUALI,,


   credit to fida,,thanx for everything


Monday, September 12, 2011

when a potato couch start to get rid of the couch

assalamualaikum, dan salam merdeka !

penat, letih, taksub, bangga, teruja dan segala macam lagi perasan  yang timbul pada hari pertama memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswi usm .

selamat jalan tilam, sofa empuk, dan bantal busuk yang menemani aku selama beberapa bulan dirumah dahulu.
lemak2 dibadan sedang dikerah pecah dan akan dinyahkan daripada badan ini. kepada mata kurniaan Allah ini dipaksa rela untuk tidak mengantuk sepanjang kuliah, kelas dan aktiviti universiti walaupun kadang2 terbabas juga. kehidupan hari pertama tidak berakhir pada pukul 5petang dimana semua "kawan2 baru" berebut naik bas untuk balik ke desasiswa  masing2. aku teruskan langkah menghayun kaki ke suatu tempat perjumpaan untuk menguji ketahanan fizikal yang sememangnya dah lama tak diuji ! otot2 badan menjerit kesakitan ! "oi chantek aku dah sakit ni, bila kau nak berhenti" kata otot. syaitan pula mula menyuntik semangat negatif "chantek, kau dah penat alahhh balik je lahh"
TAPI SEMANGAT SAYA KUAT, MESTI CUBA SAMPAI HABIS. dan saya dapat habiskan walaupun sekadar CUKUP SYARAT,"eh jadilah, si potato couch ni baru je nak get rid of the couch"

___ 
terkejut melihat gambar di kad matrik !
mata macam baru lepas touch up lepas kena tumbuk.tapi chill  derr tetap CHANTEK .


pssstt : tadi ada bakal isteri terbaik datang ketuk pintu bilik ajak pergi solat jemaah dekat surau.bilalah aku nak jadi macam dia T_T


Friday, September 2, 2011

fuhhh fuhh fuhh (melibas kibas habuk2 dekat blog ni)

mood raya !
tiada masa untuk menekan tekan huruf2 ni.

hanya ini yang boleh disajikan,, silalahh

ehh atuk atuk pandang sini
(nantikan kisah seterusnya)



tak guna berkamera secanggih DSLR jika anda malu malu untuk ditangkap gambar.
lagi tak guna kalau anda mempunyai kamera semahal DSLR jika tidak pandai menggunakannya.
jadi bersyukurlah bagi mereka yang mempunyai kamera walaupun hanya 0.3 megapixel sahaja.
selamat hari raya :)  *sumber (nina comel)


Thursday, August 18, 2011

akulah OKB SEKEJAP


pelik dengan  turtle@tittle ?

assalamualaikum !

18hari lagi menuju dunia siswasiswi ni, menggelabah pule ..
*tak pe kita buat slow and steady, ramai yang boleh bantu. chill ainie chill.

___________

tahniah anda layak menerima wang pendahuluan ptptn ( WPP) 
yahoooooooooooo . 
HARHARHARHAR AKU KAYA !
dengan duit ni aku nak beli baju,tudung lilit2,kasut, makan luar pun best jugak,eh beli mercun pun ok biar hangusss duit aku !
tak nak lahh aku nak bayar muka kereta,dapat tayar depan pun jadilah. lalalala~
tambah2 ni nak raya,wahh2 berbaju raya baru nampaknya, nak suruh rizalman design baju, tempah kasut dekat jimmy choo, hebat2.
nak buat amal sikitlah, buat jamuan buka puasa boleh ke takpe?
chopp2, apa kata kita beli dslr yang kau idamkan tu nak?
macam mana ni? banyak nya nak beli,, haduhh4 *hentak kepala ke lappy


HAMBOI RANCAK LISTING NAMPAK !

ehh bukan2, duit "sumbangan" wpp tu banyak gunanya cik ainie oi !

``kita lupakan kehendak dulu, utamakan keperluan .

urusan universiti yang bakal kau masuk siapkan dulu ainie, dengan "sumbangan" tu kau bayar yuran ke, beli barang nak bawak ke, hape ke kan lebih baik nampak wisely sikit. pejam celik pejam tak celik2 , gedebak gedebuk habis jugak duit 1500usd kau tu .
berhuntong le kau kalau dapat duit ni.ada yang tak dapat tapi nak sangat. ALHAMDULILLAHx3
bersyukur lagi surat tawaran dah sampai- ALHAMDULILLAHx3

dengan ini saya ingin memberitahu saya yang bernama NURUL AINIE BINTI MUHAMMAD bernombor matrik 11**** akan mengikuti program pengajian IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)(PENDIDIKAN KHAS) di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA selama 4TAHUN yang akan mendaftarkan diri pada 6SEPT2011 dan merupakan seorang TEKUN.

sekiannnn




Thursday, August 11, 2011

mercun bulat seperti bola ?

"adikk, abang, kakak, pakcik makcik mari2 ni ada pup pup, bunga berapi, maracun" kata illegal penjual bunga api bagi menarik minat orang yang lalu lalang didepan meja yang diletakkan berbagai jenis, warna, bentuk, dan kalau dinyalakan sumbunya meletup ! letupan tersebut boleh membuat mak jah yang tengah menenyeh doh kat dapur melatah sambil membaling doh tersebut keluar, kesian mak jah. rugi tepung dan mentega.
 mereka2 ni (yang jual mercun dan bunga api) sebenarnya tak de pun tempat yang tetap untuk menjual stok barang yang berbahaya ni. mana ada tempat yang kosong disitu diletakkan meja. kadang2 ada yang bersila je. janji mercun aku laris (katanya). ya kot, kalau nak mohon satu tapak dekat one of bazar ramadhan di Malaysia ni memang tak lahh, baru nak ambil borang beli tapak dah kena tangkap.

 ___________


assalamualaikum.
baru 12 ramadhan tapi berita tentang budak kecil yang putus jari, melecur dek kerana mercun beli or hand made memang rancak kita dengar setiap hari. kesian budak2 tu. 

aku sebenarnya ada cerita jugak. memang pengalaman sendiri. 
>> di suatu petang, pommmm "woi bunyi apa tu?" setiap insan yang ada dalam rumah papan berhadapan dengan sg pahang berkejar ke tempat kejadian. mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah cuma tersengih apabila melihat orang lain panik melihatnya. tah apa2 tah budak ni kita tengah panik jari dia berdarah dia tersengih je. aku rasa dia tengah tahan sakit tu. tapi cover beb, mungkin malu kerana salah sendiri. aku ni yang pening2 dibuatnya tengok darah merah mengalir di celah2 jari dia sederas air sungai tu. tanpa banyak "?" di sekitar kepala bapa mangsa yang kalau disuluh dengan laser memang jelas bentuk macam telinga kuali tu terus capai kerusi mengutip sawang2 di atap zink tempat penginapan sang labah2, dan terus diletakkan di jari mangsa bagi menghentikan darah.
lepas seketika suasana menjadi kembali tenang, soal siasat oleh ahli keluarga bermula ...
"mana kau dapat mercun tu?"
"ada kat atas dalam plastik hitam"
"dia bakar mercun bola ! " teriak salah seorang daripada 20 orang cucu pemilik rumah tersebut.
"ye2 mercun bola"
"mercun tu untuk halau kerbau masuk rumah dan kebun lahh"
"theee heee :) "


nampak kann? budak2 memang punya sikap curiousity tahap tinggi. nampak benda baru je nak try. kita yang dah boleh beza antara baik dan buruk, selamat dan bahaya ni tunjuk laa pengajaran sikit. nak main bolehh, tapi guide mereka. kalau tak main tak de life laa raya betul tak?

jari putus? tak de masalah jum kita  pakai jari beruk .
berbulu sikit lahh tapi
lalalala~
*maaf kepada yang terasa. 
(jalan cerita diubah sedikit, tak boleh cerita lebih2 kerana itu semua adalah kenangan saya)


Sunday, August 7, 2011

dah tiga bulan rupanya

assalamualaikum awak2 yang sekalian.

ni memang berita yang gila lagi mengejutkan !
baru aku sedar ohh kita dah besar ye rupanya (kataku kepada adik2 ku yang lain)
mereka menjawab "memang laa sebab tu aku lagi chantek dari kau" - ayat tak boleh blahh


bukan2.
bukan benda ni yang telah menyebabkan kita membesar .tapi kau tengok laa sekarang masing2 punya handphone sendiri, masing2 dah pandai bergaya, masing2 dah tahu citarasa sendiri
dan yang paling penting "ohh sebenarnya ada antara kita berempat ni dah berpunya,dah pandai nak berkasih kasihan" (ayat terpaksa berkias)

patutlah dia setiap malam tido dah pandai tutup pintu bilik, kalau tak jangan harap laa, katanya panaslahh, takutlah, nanti lambat bangun lahh dan macam2 lagi. tapi semua tu dah berubah
rupa-rupanya every night ada orang nak kol ye dik?

*nasihat dari seorang kakak "aku tak kisah benda2 tu semua sebab aku tahu kau boleh jaga diri, dan jugak kau tahu apa tanggungjawab kau sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, tapi ingat dik jangan kau sampai lalai sudah lahh. dahulukan pelajaran ye" rahsia kau ni aku simpan dari pengetahuan chemat dan maknani tapi kalau mereka dah boleh hidu kes percinataan antara kau dan dia aku dah tak boleh nak bohong la kan.

MAAFF (: